fb fb fb fb fb

Kemboja alih keluar senjata berat dari sempadan Thailand

Kemboja memulakan proses pengalihan senjata berat dan peralatan ketenteraan dari kawasan sempadan di Wilayah Preah Vihear/ REUTERS

PHNOM PENH, 2 November - Kemboja memulakan proses pengalihan senjata berat dan peralatan ketenteraan dari kawasan sempadan di Wilayah Preah Vihear pada Sabtu selaras dengan fasa pertama perjanjian Jawatankuasa Sempadan Serantau (RBC) yang dimeterai bersama Thailand.

Anggota tentera Kemboja bersama artileri dan trak tentera berbaris di sepanjang jalan ketika bersiap untuk dipindahkan semula ke dalam wilayah Kemboja. Seorang pemerhati tentera dari Malaysia turut kelihatan dalam salah satu gambar tersebut.

Menurut kenyataan media tentera, Kemboja dan Thailand melaksanakan pengunduran itu secara serentak bawah pemerhatian serta pengesahan Pasukan Pemerhati ASEAN (AOT), dan dijadualkan berlangsung selama tiga minggu bermula 1 hingga 21 November.

Perjanjian mengenai pelan pengalihan berperingkat bagi senjata dan peralatan berat itu dicapai antara kedua-dua negara semasa mesyuarat khas RBC pada Jumaat (31 Oktober).- REUTERS

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI