fb fb fb fb fb

Kematian Nichols: Dua ditahan tunjuk perasaan di New York

 (Dua penunjuk perasan ditahan ketika melakukan bantahan menuntut keadilan untuk Tyre Nichols di New York
pada 28 Januari 2023/AFP)

NEW YORK, 28 Januari- Sekurang-kurangnya dua orang ditahan di Times Square, di sini, ketika melakukan bantahan bagi menuntut keadilan untuk Tyre Nichols yang mati dipukul oleh beberapa orang pegawai polis.

Bantahan di bandar berkenaan disertai oleh kira-kira 100 orang yang melaungkan 'No Justice, No Peace" dan 'Say His Name: Tyre Nichols' sambil membawa sepanduk bertulis tamatkan keganasan polis.

Tangkapan itu dibuat selepas bandar Memphis mengeluarkan rakaman menyedihkan mangsa yang berkulit hitam dipukul lima pegawai polis.

Lima suspek yang juga berkulit hitam didakwa dengan pembunuhan tahap dua susulan kematian mangsa pada 10 Januari lalu, tiga hari selepas insiden berkenaan.

Dalam kejadian itu, Nichols, 29, diarahkan berhenti oleh suspek di sebuah kawasan hentian di Memphis atas alasan memandu secara melulu.

Mangsa kemudian dipukul hingga parah dan meninggal dunia di hospital ketika menerima rawatan.

Sementara itu, Rumah Putih memaklumkan bahawa kakitangan kanan telah memberi taklimat kepada lebih 12 datuk bandar termasuk Atlanta, Chicago dan Philadelphia mengenai bantuan persekutuan sekiranya berlaku protes. -AFP

 (Gerakan membantah atas kematian lelaki kulit hitam yang dipukul pegawai polis pada
7 Januari 2023 kian 
merebak ke bandar-bandar utama
seluruh Amerika Syarikat/AFP)

Artikel berkaitan:

Rakaman 'bodycam' Nichols mati dipukul polis dikeluarkan

 

 

Media Baharu