TOKYO, 15 September- Penduduk sebuah pulau di selatan Jepun diberi amaran mengenai kemungkinan tanah runtuh ketika taufan kuat menghampiri pesisir timur China.
Agensi Meteorologi Jepun (JMA) memaklumkan taufan Bebinca melalui pulau Amami awal pagi ini, membawa angin ribut sehingga 198 kilometer sejam.
"Di wilayah Amami, risiko tanah runtuh meningkat berikutan hujan lebat sehingga kini," kata JMA.
Berdasarkan maklumat di laman web JMA, Bebinca diramal mendarat berhampiran Shanghai pagi esok.
Ribut itu dijangka menjadi ribut tropika, dengan hujan lebat dan ribut petir di beberapa wilayah selatan negara itu.
Para saintis berkata perubahan iklim meningkatkan risiko hujan lebat di Jepun dan tempat lain kerana atmosfera yang lebih panas menakung lebih banyak air.
Bulan lalu, taufan kuat melanda Jepun dengan hujan lebat, menjejaskan pengangkutan dan membunuh sekurang-kurangnya enam orang.
Hujan lebat pada 2021 mengakibatkan kejadian tanah runtuh yang dahsyat di bandar peranginan Jepun, Atami yang meragut nyawa 27 orang.-AFP