fb fb fb fb fb

Malaysia kecam pembunuhan 10 rakyat Palestin

(Foto Reuters)

KUALA LUMPUR, 28 Januari- Malaysia mengecam sekeras-kerasnya pembunuhan 10 rakyat Palestin oleh tentera Zionis di Tebing Barat Kota Jenin dan kem pelarian pada Khamis.

Pada masa sama, Malaysia turut menggesa masyarakat antarabangsa dan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) agar segera bertindak balas terhadap pencerobohan terbaharu yang dilakukan Israel itu.

Wisma Putra dalam satu kenyataan memaklumkan, mangsa dan keluarga mereka berhak mendapat keadilan dan rejim Israel yang menjadi pelaku jenayah kejam mesti bertanggungjawab.

"Sikap Israel enggan berkompromi dan pencerobohan yang dilakukan terhadap rakyat Palestin terus menjadi penghalang dalam mencari penyelesaian komprehensif, adil, berkekalan dan aman bagi konflik Palestin-Israel," katanya.

Kenyataan itu turut memaklumkan bahawa Malaysia teguh dengan pendirian menyokong pembentukan sebuah negara Palestin yang berdaulat berdasarkan garis sempadan 1967 dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negaranya.

 (Foto Reuters)

Media Baharu