fb fb fb fb fb

Angka korban ribut tropika Cheneso meningkat 22 orang

(Foto AFP)

ANTANANARIVO, 28 Januari- Angka kematian akibat ribut tropika Cheneso yang melanda Madagascar meningkat kepada 22 nyawa, manakala 20 orang masih hilang, menurut laporan Pejabat Pengurusan Risiko dan Bencana Negara (BNGRC) pada Jumaat.

Seramai 59,100 orang dilaporkan terjejas di kira-kira 15 wilayah dengan majoritinya kehilangan tempat tinggal.

Dalam pada itu, banyak laluan yang menghubungkan mereka ke ibu negara Antananarivo terputus.

Cheneso yang mencetuskan hujan lebat membadai pantai timur laut negara itu pada 19 Januari dengan membawa angin berkelajuan 110 kilometer sejam.

Ia adalah ribut tropika pertama musim siklon di selatan Afrika, yang biasanya berlangsung dari November hingga April. -AFP

(Foto AFP)

Media Baharu