fb fb fb fb fb

10 orang awam terbunuh di Burkina Faso

(Foto fail/AFP)

OUAGADOUGOU, 28 Januari- Sekurang-kurangnya 10 orang awam terbunuh dalam dua serangan yang disyaki dilakukan pejuang jihad di Burkina Faso.

Menurut sumber keselamatan, kedua-dua serangan itu dilakukan oleh dua kumpulan lelaki bersenjata di dua kawasan di Dassa pada lewat Khamis lalu.

Burkina Faso adalah antara negara termiskin dan paling tidak menentu di Afrika.

Ribuan tentera, polis dan orang awam telah terbunuh dan kira-kira dua juta orang meninggalkan kediaman mereka sejak pejuang jihad melancarkan pemberontakan dari negara jiran Mali pada 2015. 

Pada Khamis, Perancis memanggil balik dutanya dari Burkina Faso, sehari selepas bersetuju dengan permintaan negara itu untuk menarik tenteranya di wilayah Sahel.

Burkina Faso telah meminta Perancis untuk memindahkan semua tenteranya keluar dari negara itu dalam tempoh sebulan. -AFP

 (Tentera Perancis memantau kawasan luar bandar di Barkhane, Burkina Faso pada
12 November 2019/AFP)

 

 

Media Baharu