fb fb fb fb fb

Auckland isytihar darurat akibat banjir besar

(Foto Reuters)

AUCKLAND, 28 Januari- Darurat diisytiharkan di Auckland, New Zealand susulan banjir besar yang melanda seluruh bandar itu pada Jumaat.

Pengurusan Kecemasan Auckland memaklumkan, bahagian utara, barat laut dan barat bandar itu terjejas dengan keadaan yang dijangka bertambah buruk.

Agensi itu menasihati penduduk di kawasan yang sering dilanda banjir supaya bersiap sedia untuk berpindah.

Lapangan terbang turut ditutup, manakala konsert Elton John yang dijadual berlangsung, terpaksa dibatalkan.

Setakat ini, dua disahkan maut dan dua lagi masih hilang.

Mayat dua lelaki berkenaan ditemukan dalam dua kejadian berasingan di pinggir bandar utara.

Sementara seorang masih hilang dihanyutkan air banjir, manakala seorang lagi tidak dapat dikesan selepas tanah runtuh menimpa sebuah rumah di pusat bandar Auckland. -AFP

(Foto Reuters)

Media Baharu