fb fb fb fb fb

Korea Utara kecam keputusan AS hantar kereta kebal ke Ukraine

(Kim Yo Jong/KCTV/AFP)

PYONGYANG, 28 Januari- Korea Utara mengecam Amerika Syarikat (AS) terhadap komitmennya yang mahu menghantar kereta kebal tempur ke Ukraine, di tengah-tengah konflik peperangan Ukraine-Rusia.

Negara itu mendakwa Washington telah bertindak keterlaluan dengan cuba mengembangkan lagi perang proksi untuk memusnahkan Rusia.

Adik pemimpin Korea Utara Kim Jong Un, Kim Yo Jong yang membuat kenyataan itu turut menyalahkan Washington atas krisis yang sedang menimpa Ukraine dan menuduh negara tersebut sekali lagi melepasi 'garis merah' dengan menghantar kereta kebal.

"Bersembunyi disebalik penghantaran kereta kebal tersebut adalah niat jahat AS untuk merealisasikan matlamat hegemoninya dengan meluaskan lagi perang proksi untuk memusnahkan Rusia.

"Washington adalah penjenayah utama dan dunia akan lebih selamat dan tenang jika tiada campur tangan AS," tegasnya.

Beliau berkata, Korea Utara akan bersama Russia menentang AS.

Awal minggu ini, Presiden AS, Joe Biden menjanjikan 31 buah kereta kebal Abrams yang merupakan salah satu senjata paling berkuasa dan canggih dalam tentera AS bagi membantu Kyiv melawan pencerobohan Moscow. -AFP

(Joe Biden/AFP)

 

 

Media Baharu