fb fb fb fb fb

Hujan batu di Argentina

(Foto Reuters)

SAN LUIS, 28 Januari- Ribut yang membawa hujan batu melanda tengah Argentina pada Khamis, menyebabkan banyak kerosakan harta benda dan mencederakan beberapa penduduk.

Seorang penduduk tempatan memberitahu, dia cedera di lengan, kaki dan kepala ditimpa hujan batu sebesar bola tenis itu.

Sementara itu, banyak kerosakan harta benda melibatkan kenderaan, bumbung, tingkap bangunan dan rumah penduduk.

Menurut media tempatan, pihak berkuasa cuaca mengeluarkan amaran cuaca buruk peringkat jingga di kawasan terbabit. -Reuters

(Foto Reuters)

Media Baharu