TOKYO, 23 Julai-Pengerusi dan Presiden syarikat pengeluar terkemuka suplemen diet, Kobayashi Pharmaceutical mengumumkan peletakan jawatan pada Selasa susulan kematian 80 orang yang disyaki mempunyai kaitan dengan tablet untuk menurunkan kolestrol.
Kobayashi Pharmaceutical kini menjadi tumpuan utama negara itu selepas dikaitkan dengan tablet yang mengandungi beras yis merah, yang ditapai secara acuan.
Kajian perubatan menunjukkan nasi yis merah atau "beni koji" boleh menurunkan tahap kolestrol, namun memberi amaran tentang risiko kerosakan organ bergantung kepada kadar bahan kimia yang terkandung dalam ramuan tersebut.
Ia digunakan dalam makanan, minuman beralkohol dan ubat-ubatan rakyat selama berabad-abad di seluruh Asia Timur.
Kobayashi Pharmaceutical dalam satu kenyataan berkata Presiden Akihiro Kobayashi dan Pengerusi syarikat Kazumasa Kobayashi akan meninggalkan jawatan mereka.
Keputusan itu dibuat "untuk menjelaskan tanggungjawab eksekutif ke atas beberapa siri tindakan oleh syarikat kami yang berkaitan dengan isu 'beni koji'", kata Kobayashi Pharmaceutical.
Skandal perubatan itu bermula pada Mac lalu selepas sebuah syarikat menarik balik tiga jenama makanan tambahan syarikat berkenaan selepas pelanggan mengadu mengalami masalah buah pinggang selepas mengguna produk tersebut.
Kobayashi berkata, mereka mengesan asid berpotensi toksik yang dihasilkan oleh acuan di salah satu kilangnya.
Bulan lalu, syarikat itu berkata ia sedang menyiasat sejumlah 80 kematian yang mungkin berkaitan dengan pilnya, dan menyiasat sama ada terdapat kerosakan organ selain buah pinggang.-AFP