fb fb fb fb fb

Iran rampas kapal tangki dengan bendera Togo, seludup 1.5 juta liter minyak petrol

Foto fail bertarikh 18 Julai 2019 menunjukkan angkatan laut Pengawal Revolusi Iran menahan sebuah kapal tangki yang dipercayai menyeludup minyak

TEHRAN, 23 Julai- Pengawal Revolusi Iran merampas sebuah kapal tangki minyak berbendera Togo pada Isnin dan menahan 12 anak kapal atas dakwaan penyeludupan bahan api.

"Angkatan laut Pengawal Revolusi menangkap sebuah kapal tangki minyak yang mengibarkan bendera Togo dan membawa lebih 1.5 juta liter minyak seludup," kata laman web Sepahnews.

"Kapal itu dibawa ke pelabuhan Bushehr, bersama 12 anak kapalnya, yang berkewarganegaraan India dan Sri Lanka," tambahnya.

Tentera laut Iran sering kali menahan kapal yang mengangkut bahan api di Teluk.

Pada akhir Januari, Iran merampas sebuah kapal yang membawa dua juta liter bahan api yang didakwa diseludup. Empat belas anak kapal telah ditangkap.

Pada Mei, Iran membebaskan tujuh anak kapal dari kapal kontena berbendera Portugis, yang dirampas pada 13 April, selepas menuduh mereka mempunyai kaitan dengan musuh ketatnya, Israel.

Harga bahan api di Iran adalah antara yang terendah di dunia, meningkatkan keuntungan operasi penyeludupan.-AFP

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE