BEIJING, 21 Ogos- Tujuh orang terbunuh dan seorang dilapor terperangkap dalam kemalangan di sebuah lombong di China pada Rabu.
Menurut media kerajaan, kejadian berlaku kira-kira pukul 10.00 pagi waktu tempatan ketika pekerja sedang menutup laluan pengudaraan di sebuah lombong arang batu di bandar Leshan, wilayah Sichuan.
Pengurusan di lombong berkenaan tidak memberikan sebarang butiran lanjut mengenai insiden namun berkata kemalangan itu pada mulanya memerangkap lapan orang.
"Setakat pukul 2.00 petang, tujuh orang telah ditemui mati dan seorang lagi terperangkap dengan usaha mencari dipergiat habis-habisan," kata CCTV.
Keselamatan lombong di China telah bertambah baik dalam beberapa dekad kebelakangan ini, dengan bilangan liputan media berkurangan terhadap insiden membabitkan kemalangan di lombong.
Namun, kemalangan yang berlaku dalam industri akibat kelonggaran penguatkuasaan protokol keselamatan, terutamanya di tapak baharu.
Bencana besar berlaku pada Februari tahun lalu apabila cerun di lombong arang batu terbuka di wilayah dalam utara Mongolia tiba-tiba runtuh, menimbus berpuluh-puluh orang dan kenderaan.
Media kerajaan kemudian melaporkan seorang pegawai berkata 53 orang maut atau tidak dapat dikesan apabila kerja mencari dan menyelamat selesai dua minggu kemudian.- AFP