fb fb fb fb fb

Wanita Indonesia maut dibaham buaya, ketika mandi sungai

Foto Hiasan/BERNAMA

AMBON, 21 Ogos- Seorang wanita maut dibaham buaya ketika mandi di sebatang sungai di wilayah timur Indonesia, pada Rabu.

Mayat wanita tersebut dijumpai didalam badan haiwan pemangsa itu oleh penduduk dan pihak berkuasa.

Halima Rahakbauw, 54, sedang berenang di sungai di kampung Wali di kepulauan Maluku selepas menghabiskan pagi Selasa untuk mencari kerang.

Jiran Rahakbauw, Rustam Ilyas berkata saudara-mara dan rakan-rakan memulakan pencarian apabila dia gagal pulang ke rumah.

"Penduduk kampung terpaksa memotong perut buaya itu untuk mengeluarkan beberapa bahagian badan mangsa," kata seorang pegawai polis tempatan, yang enggan dikenali kerana dia tidak diberi kuasa untuk bercakap mengenai perkara itu, memberitahu AFP Rabu.

"Buaya itu agak besar, kira-kira empat meter (12 kaki) panjang," kata jiran Ilyas kepada AFP.

Polis mahupun penduduk kampung tidak dapat mengenal pasti spesies tersebut.

Indonesia adalah 'rumah' kepada beberapa spesies buaya yang kerap menyerang dan membunuh manusia.

Pada Ahad, seorang pelombong bijih timah berusia 63 tahun maut digigit buaya berhampiran sungai di pulau Bangka di Sumatera.

Pada 2018, kumpulan perusuh di wilayah timur Indonesia di Papua, membunuh hampir 300 buaya sebagai membalas dendam selepas seorang lelaki tempatan dibunuh oleh salah satu daripada reptilia itu.

Pada tahun 2019, seorang saintis telah diseret oleh seekor buaya tawanan besar ke dalam kandangnya dan dibunuh di pulau Sulawesi.- AFP

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM