fb fb fb fb fb

PM China hadir ke Malaysia untuk Mesyuarat ASEAN, perbincangan perdagangan

Perdana Menteri China, Li Qiang tiba di Malaysia pada Ahad bagi menghadiri siri mesyuarat Sidang Kemuncak ASEAN/BERNAMA

KUALA LUMPUR, 26 Oktober – Perdana Menteri China, Li Qiang tiba di Malaysia pada Ahad bagi menghadiri siri mesyuarat Sidang Kemuncak ASEAN minggu ini serta mengadakan rundingan perdagangan yang dijadualkan bersama wakil Amerika Syarikat.

Lawatan rasmi itu berlangsung ketika pegawai kanan China dan Amerika Syarikat meneruskan rundingan perdagangan di Kuala Lumpur di tengah-tengah ketegangan yang berlarutan berhubung isu tarif dan kawalan eksport.

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, menyatakan keyakinan bahawa satu persetujuan dapat dicapai dengan Presiden China, Xi Jinping, yang dijangka ditemuinya minggu hadapan selepas rundingan perdagangan tersebut selesai.

Sementara itu, White House telah mengumumkan secara rasmi mengenai pertemuan yang dinanti-nantikan antara Trump dan Xi, namun Beijing setakat ini masih belum mengesahkan pertemuan antara kedua-dua pemimpin berkenaan. -REUTERS

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN