fb fb fb fb fb

Jentera berat menuju Gaza keluar dari Rafah, Mesir

Foto REUTERS

RAFAH, 26 Oktober – Beberapa jentera berat yang dihantar ke Gaza dilihat bergerak melalui lintasan Rafah di Mesir pada Ahad.

Lori membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza turut meneruskan pergerakan dari bahagian Mesir di Rafah, sebagai sebahagian daripada pelaksanaan gencatan senjata antara Israel dan Hamas yang dimeterai hasil perantaraan Amerika Syarikat.

Menurut sumber keselamatan Israel, penghantaran semula bantuan itu dilakukan susulan tekanan daripada Washington, beberapa hari selepas Israel menggantung bekalan bantuan sebagai tindak balas terhadap apa yang didakwanya sebagai pelanggaran “terang-terangan” oleh Hamas terhadap perjanjian gencatan senjata tersebut.

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump berkata gencatan senjata yang diusahakannya masih berkuat kuasa.

Perjanjian gencatan senjata baharu itu mula dilaksanakan pada 10 Oktober, namun sejak beberapa hari lalu, kerajaan Israel dan Hamas saling menuduh melanggar perjanjian berkenaan, sekali gus menimbulkan kebimbangan terhadap kestabilan pelaksanaan gencatan senjata tersebut.-REUTERS

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN