fb fb fb fb fb

Kemajuan rundingan program nuklear Iran terlalu perlahan - Menteri Luar Perancis

PARIS, 12 Januari- Rundingan antarabangsa berhubung program nuklear Iran bergerak agak perlahan sehingga tidak membawa sebarang persetujuan dalam tempoh masa realisitk.

"Perbincangan di Vienna masih berlangsung tetapi menurut pandangan kami ia terlalu perlahan," jelas Menteri Luar Perancis Jean-Yves Le Drian di Parlimen.

"Ada keperluan mendesak berhubung isu ini disebabkan aktiviti dan program nuklear Iran," tambahnya.

Isnin lalu, Jurucakap Kementerian Luar Iran menyatakan usaha semua pihak untuk memulihkan Perjanjian Nuklear Iran 2015 dengan negara kuasa dunia telah menghasilkan kemajuan yang baik semasa rundingan Vienna.

Rundingan untuk menyelamatkan perjanjian itu disambung semula pada akhir November lalu selepas digantung pada Jun iaitu sejurus pembentukan kerajaan yang disifatkan terlalu konservatif.

Perjanjian Nuklear 2015 itu disepakati Iran, Amerika Syarikat, Rusia, Britain, Perancis dan Jerman bagi mengekang program pembangunan senjata nuklear oleh Iran.

Sebagai balasan Iran ditawarkan pelepasan sekatan antarabangsa.

Namun pada 2018, bekas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump secara unilateral mengeluarkan Amerika Syarikat daripada perjanjian itu seterusnya mengenakan sekatan terhadap Iran, mendorong Tehran menarik balik komitmenya. - AFP

Media Baharu