FOTO AFP
SEOUL, 12 Januari- Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un turut menyaksikan kejayaan pelancaran peluru berpandu hipersonik kali ke-2 dibuat negara itu, tahun ini.
"Peluru berpandu membawa "kenderaan peluncur hipersonik" mengenai sasaran 1,000 kilometer di air, menurut Agensi Berita Pusat Korea, (KCNA)
Gambar yang dimuat naik dalam laman sesawang Rodong Sinmun, akhbar rasmi Parti Pekerja menunjukkan Kim Jong Un memakai kot kulit berwarna hitam, memantau pelancaran peluru berpandu itu.
"Kemampuan unggul peluncur hipersonik itu dapat disahkan dengan jelas melalui ujian temnbakan terakhir," menurut laporan KCNA.
Gambar lain pula menunjukkan peluru berpandu itu dilepaskan dari kawasan darat pada waktu subuh disusuli kesan api dan asap sementara Kim dilihat berbincang dengan pegawainya.
Ia kali ke-3, Pyongyang melancarkan ujian peluru berpandu jenis itu.
Kali pertama pada September 2021 dan terakhir minggu lalu sejajar cita-cita besar negara itu untuk membangunkan senjata nuklear lebih canggih.
Langkah itu dibuat meskipun, Pyongyang berdepan isu bekalan makanan dan sekatan antarabangsa.
Tentera Korea Selatan melaporkan pelancaran peluru berpandu pada pagi Selasa itu mencapai kelajuan hipersonik serta menunjukkan tanda-tanda jelas "kemajuan" berbanding ujian minggu lalu. -AFP