fb fb fb fb fb

Hujan lebat di Brazil ragut lagi 10 nyawa

FOTO AFP

RAPOSOS, 12 Januari- Hujan lebat disusuli banjir di negeri Minas Gerais, Brazil menyebabkan 10 orang terbunuh dalam tempoh dua hari.

Pihak berkuasa turut mengeluarkan amaran, hujan lebih lebat mungkin berlaku di kawasan berkenaan.

"Kalangan mangsa yang maut termasuk kanak-kanak perempuan 11 tahun, meninggal dunia pada Ahad dan dan Isnin disebabkan banjir dan tanah runtuh," menurut Penyelaras Pertahanan Awam negeri.

Sejak hujan lebat melanda pada awal Oktober lalu, 19 orang mati di negeri tenggara Brazil.

10 lagi terbunuh pada Sabtu apabila batu besar jatuh dan terkena bot pelancong di Tasik Furnas.

Sebanyak 17,237 orang dilaporkan terpaksa meninggalkan kediaman atau berpindah ke tempat selamat bagi mengelak risiko ribut juga kejadian banjir.

"Bulan Januari adalah tempoh paling sukar di Minas Gerais kerana jumlah penurunan hujan tinggi, kata Timbalan Gabenor Minas Gerais Paulo Brant menerusi rakaman video di instagramnya. -AFP

Media Baharu