fb fb fb fb fb

Kelemahan Yen tekan keputusan kadar faedah BoJ

Foto AFP

TOKYO, 26 April- Kelemahan mata wang Yen memberi tekanan kepada Bank of Japan (BoJ) untuk mengetatkan dasar monetari, kata penganalisis. Ia dijangka tidak menaikkan kadar faedah.

Yen berada pada paras terendah dalam tempoh tiga dekad ini sekali gus mencetuskan spekulasi berkenaan kerajaan Jepun boleh campur tangan dalam pasaran forex untuk menyokong mata wang itu buat kali pertama sejak 2022.

Pada Jumaat, satu dolar dibeli pada harga 155.58 yen, berbanding 155.74 hari sebelumnya.

Kedudukan Yen lebih rendah menaikkan harga barangan import di Jepun, jadi BoJ boleh meningkatkan ramalan inflasinya selepas mesyuarat pada Jumaat, kata penganalisis.

Jika kejatuhan yen mewujudkan "impak terlalu besar untuk diabaikan, ini bermakna dalam beberapa kes perubahan dijangka berlaku dalam dasar monetari," kata Gabenor BoJ Kazuo Ueda minggu lepas.

Pegawai BoJ mencadangkan tiada lagi kenaikan dalam tempoh terdekat.

Mata wang lain juga jatuh berbanding dolar selepas data inflasi Amerika Syarikat.

Walaupun BoJ mengekalkan kadar yang stabil, sebarang perubahan pada program pelonggarannya akan diteliti.

Ueda mungkin ingin mengambil pandangan jangka panjang, tetapi "dia mungkin tidak dapat mengelakkan faktor forex", kata Ketua Skonomi Dai-ichi Life Research Institute, Hideo Kumano.

Ini boleh menyebabkan bank itu menaikkan kadar tambahan, katanya.

Yen pernah dianggap sebagai mata wang selamat, dijangka akan mendapat nilai semasa kegawatan global.

Bagaimanapun, sejak berlakunya konflik antara Rusia dan Ukraine pada Februari 2022, nilainya telah meningkat daripada 115 setiap dolar.

Pada Mac, inflasi Jepun berada pada paras 2.6 peratus, melebihi sasaran jangka panjang BoJ sebanyak dua peratus.- AFP

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI