FRANKFURT, 24 Jun - Jerman akan meningkatkan tahap amaran menerusi rancangan kecemasan bekalan gas susulan kekurangan bekalan dari Rusia.
Menteri Ekonominya, Robert Habeck mengakui komoditi itu kini tidak mencukupi. Peralihan amaran kepada fasa dua dan seterusnya bakal menyaksikan Jerman perlu mencatu bekalan.
Habeck berkata, kekangan bekalan dibuat Moscow sebagai balasan kepada sokongan Barat terhadap Ukraine.
"Kita mengalami masalah bekalan bahan api di Jerman. Justeru, peralihan amaran perlu dilaksanakan," katanya.
Minggu lalu, syarikat bahan api gergasi Rusia Gazprom mengurangkan 60 peratus daripada agihan bekalan.
Sama seperti negara Eropah lain, Jerman bergantung terhadap import bahan api dari Rusia.
Sementara menanti tindakan seterusnya kerajaan memperhebat kempen penjimatan tenaga. -AFP