fb fb fb fb fb

Kebimbangan meningkat terhadap virus cacar monyet, pengeluar vaksin sedia penuhi permintaan pasaran

(FOTO AFP)

COPENHAGEN, 24 Jun - Tempahan luar biasa diterima pengeluar vaksin cacar monyet, Bavarian Nordic dari Denmark susulan kebimbangan dunia terhadap wabak itu.

Syarikat tersebut satu-satunya makmal yang mengeluarkan vaksin berlesen bagi penyakit cacar monyet 

Menurut Naib Presiden syarikat, Rolf Sass Sorensen pihaknya menerima kelulusan pengeluaran pada tahun 2019.

(FOTO AFP)

Berita Berkaitan
Perancis sahkan 277 kes cacar monyet
Lubnan catat kes pertama cacar monyet
Cacar Monyet: Data negara endemik dan bukan endemik diseragamkan - WHO
EU hasrat beli 110,000 dos vaksin cacar monyet

"Kelulusan diperoleh pada 2019 ketika kami hanya menjual beberapa ratus dos, namun secara tiba-tiba ia amat diperlukan dan sangat relevan bagi kesihatan antarabangsa," katanya di ibu pejabatnya, di sini.

Syarikat berkenaan terkejut dengan penularan mendadak penyakit itu sejak awal tahun ini membabitkan puluhan negara di luar Afrika Barat dan Afrika Tengah yang sebelum ini tidak pernah mencatatkan kes wabak berkenaan.

Sorensen berkata, pihaknya yakin dapat memenuhi permintaan global walaupun hanya mempunyai satu fasiliti pengeluaran.

Bavarian Nordic mempunyai kapasiti pengeluaran tahunan sebanyak 30 juta dos vaksin.

Vaksin berkenaan dipasarkan sebagai Imvanex di Eropah, Jynneos di Amerika Syarikat dan Imvamune di Kanada.-AFP

Media Baharu