fb fb fb fb fb

Kejadian 'rare', gajah lahirkan anak kembar

Alto bersama anak kembarnya/AFP

NAIROBI, 1 Disember- Seekor gajah di Kenya melahirkan anak kembar yang dilaporkan kumpulan pemuliharaan sebagai kejadian jarang berlaku untuk mamalia darat terbesar itu.

Kumpulan Save the Elephants memaklumkan, ibu gajah bernama Alto selamat melahirkan bayi kembar betina di Rizab Negara Samburu di utara Kenya.

Peristiwa tersebut disifatkan "kegembiraan berganda" kerana kelahiran kembar gajah hanya terjadi kira-kira satu peratus sahaja.

Sebelum ini, gajah di rizab sama pernah melahirkan kembar jantan dan betina pada awal tahun lalu.

Gajah Afrika mempunyai tempoh kehamilan terpanjang berbanding mamalia lain iaitu selama hampir 22 bulan dan melahirkan anak kira-kira setiap empat tahun.

Walaubagaimanapun, jangka hayat kembar gajah sering tidak bernasib baik.

Sepasang kembar sebelum ini yang dilahirkan di Samburu pada 2006 gagal bertahan lebih daripada beberapa hari. -AFP

SITI AISHAH BINTI MD ISA