fb fb fb fb fb

Budak di China buat cemas mengesot atas kabel elektrik

FOTO REUTERS

HENAN, 1 Disember- Seorang lelaki penghantar barang mendapat perhatian netizen apabila berani mendekati seorang budak lelaki yang ingin memasuki rumah melalui tingkap pangsapuri tingkat dua di bandar Zhumadian, wilayah sini, China.

Lebih mencemaskan dalam kejadian pada 23 November itu, budak terbabit dirakam nekad meneruskan keinginannya dengan meniarap dan mengesot di atas kabel elektrik voltan tinggi.

Rakaman telefon menunjukkan lelaki dikenali Zhang Yaming tidak menghiraukan bahaya elektrik ketika cuba mencapai kanak-kanak tersebut dengan menaiki tangga yang diletakkan di atas pintu masuk bangunan.

Sementara seorang lagi lelaki dilapor telah bertindak pantas mematikan suis elektrik di bangunan berkenaan.

Episod mencemaskan itu berakhir sebaik ibu budak terbabit menyambutnya dari tingkap dan mengucapkan terima kasih kepada dua lelaki tersebut kerana membantu membawa anaknya 'menyeberang' tanpa kecederaan.

Zhang juga dipuji oleh majikan Meituan Delivery, selain turut diberikan ganjaran wang tunai serta gelaran kehormat 'Pioneer Rider'.

Menceritakan kejadian itu, Zhang dengan rendah hati berkata, "Saya melihat kabel elektrik berada di situ, dan tanpa berfikir panjang, saya bergegas pergi membantu".

Tidak jelas bagaimana budak berkenaan boleh berada di atas bangunan terbabit, namun dipercayai insiden tersebut berlaku ketika dia bermain di luar tingkap. -Reuters

SITI AISHAH BINTI MD ISA