ARBIL, 9 Disember- Sekurang-kurangnya 14 orang maut dalam kebakaran di blok kediaman sebuah universiti di wilayah Kurdistan, utara Iraq pada Jumaat.
Memetik Agensi Berita Kurdistan (RUDAW), pihak berkuasa tempatan berkata 18 orang lagi cedera dalam insiden tersebut.
"Siasatan awal mendapati kebakaran berpunca daripada litar pintas.
"Kebakaran di tingkat tiga dan empat bangunan itu berjaya dikawal sepenuhnya," katanya.
Terdahulu, agensi berkenaan menyiarkan rakaman anggota bomba sedang bertungkus lumus memadamkan kebakaran yang menempatkan kakitangan akademik dan pelajar dari Universiti Soran.
Dalam pada itu, Perdana Menteri Wilayah Autonomi Kurdistan, Masrour Barzani menggesa siasatan lanjut dijalankan untuk mengetahui punca sebenar insiden tersebut. - AFP