fb fb fb fb fb

Kebakaran tidak terkawal di Australia, beratus-ratus penduduk berpindah

Foto fail REUTERS

SYDNEY, 22 Disember- Kebakaran belukar tidak terkawal di negeri Victoria di Australia menyebabkan pihak berkuasa mengeluarkan arahan berpindah kepada beratus-ratus penduduk selama beberapa hari, kata pegawai pada Ahad.

Arahan pemindahan itu dikeluarkan serta-merta, berikutan kebakaran berkenaan akan menimbulkan bahaya kepada penduduk sekitar sekiranya terus kekal berada di kediaman masing-masing.

Kawasan kebakaran meliputi kira-kira 241 kilometer ke barat ibu negeri Melbourne meliputi sekitar Taman Negara Grampians.

"Masih terdapat banyak kawasan yang belum terbakar di Grampians (34,000 hektar), jadi ia agak mencabar untuk hari-hari mendatang", kata Timbalan Ketua Pegawai Pihak Berkuasa Bomba Negara Garry Cook kepada Perbadanan Penyiaran Australia.

Kilat pada Selasa telah mengakibatkan ebakaran dan mendorong pihak berkuasa menggesa penduduk di beberapa bandar luar bandar seperti Halls Gap yang memiliki 495 penduduk untuk berpindah.

Menurut laporan ABC pada Sabtu, beratus-ratus anggota bomba berusaha untuk memadan kebakaran belukar, menggunakan lebih 100 kapal tangki dan 25 pesawat.

Pihak berkuasa memberi amaran tentang musim kebakaran didorong musim panas di Australia. Kebakaran "Black Summer" pada 2019-2020 memusnahkan kawasan sebesar Turkiye dan meragut 33 nyawa.- REUTERS

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI