KAHERAH, 22 Disember- Sekurang-kurangnya 10 rakyat Palestin, termasuk dua kanak-kanak terbunuh dalam serangan udara Israel ke atas dua buah rumah di kem pelarian Nuseirat dan bandar Deir Al-Balah di tengah Gaza, kata pegawai perubatan kepada Reuters pada Sabtu.
Sementara itu, Kementerian Kesihatan Gaza memaklumkan berlaku pengeboman berterusan di Hospital Kamal Adwan di utara Gaza, yang disifatkan berlaku dalam "cara yang tidak pernah berlaku sebelum ini" dan tanpa amaran.
Hospital itu merupakan satu daripada tiga tempat perubatan yang terjejas di pinggir utara enklaf itu yang menjadi lokasi sasaran tentera Israel sejak Oktober.
"Pengeboman dan tembakan kereta kebal menyasarkan lokasi bertugas pasukan perubatan di hospital," kata kementerian itu.- REUTERS