fb fb fb fb fb

Kebakaran luar kawalan: 4,500 hektar hutan di La Palma terjejas

MADRID, 17 Julai - Kebakaran luar kawalan di La Palma, Kepulauan Canary telah memusnahkan 4,500 hektar hutan di Sepanyol.

Pihak berkuasa Sepanyol menyatakan telah memindahkan lebih daripada 2,500 penduduk.

Sehingga kini 4,000 orang dipindahkan di pulau La Palma.

Seramai 300 anggota bomba dikerahkan ke lapangan sebagai usaha mengawal kebakaran.

Pesawat turut digunakan bagi memadam kebakaran yang telah menyebabkan sekurang-kurangnya 20 rumah musnah.

Menteri Pelancongan, Hector Gomez memberitahu, Angin dan keadaan iklim serta gelombang panas menyebabkan kebakaran merebak dengan cepat.

Pihak berkuasa pulau La Palma menyeru orang ramai supaya berpindah bagi membolehkan usaha kecemasan dapat berjalan dengan lancar.

Menurut data Sistem Maklumat Kebakaran Hutan Eropah, Sepanyol mengalami hampir 500 kebakaran hutan pada tahun 2022, yang memusnahkan lebih 300,000 hektar hutan.

Setakat tahun ini, Sepanyol telah kehilangan 66,000 hektar lagi akibat kebakaran hutan.

Kepulauan Canary milik Sepanyol ini terletak di luar pantai barat laut Afrika. - REUTERS

Media Baharu