fb fb fb fb fb

Hujan lebat berterusan rakyat Malaysia di Korea Selatan dinasihat berwaspada

KUALA LUMPUR, 17 Julai - Rakyat Malaysia di Korea Selatan dinasihatkan agar mengambil langkah berjaga-jaga susulan Pentadbiran Meteorologi Korea mengeluarkan amaran hujan lebat di seluruh negara.

Kedutaan Malaysia di Seoul mengeluarkan hebahan itu selepas menyaksikan banjir buruk sejak beberapa hari lalu.

“Seperti yang dikeluarkan oleh Pentadbiran Meteorologi Korea dan berdasarkan ramalan cuaca, hujan lebat disertai petir dan kilat berkemungkinan berlaku sehingga menyebabkan banjir di kawasan tanah rendah, sungai dan takungan serta menjejaskan laluan pejalan kaki dan jalan bawan tanah di sepanjang sungai.

“Kami ingin mengingatkan semua rakyat Malaysia agar mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengelak kawasan tersebut.

“Di samping itu, sila berhati-hati apabila melalui tapak pembinaan, cerun, dinding penahan dan sebagainya,” menurut @MYEmbSeoul menerusi ciap akaun Twitternya hari ini.

Rakyat Malaysia yang berdepan dengan kecemasan boleh menghubungi nombor telefon  +8210 8974 8699 atau e-mel, Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

Terdahulu, media tempatan melaporkan empat lagi mayat ditemukan dari laluan bawah tanah yang ditenggelami air di tengah Korea Selatan.

Penemuan mayat itu sekali gus merekodkan angka korban meningkat kepada 49 orang.

ARTIKEL BERKAITAN:
Penyelamat Korea Selatan bawa keluar lapan mayat dari terowong
Tragedi terowong banjir: Angka korban di Korea meningkat 49 orang

Media Baharu