fb fb fb fb fb

Kebakaran di tempat hiburan, sekurang-kurangnya 24 maut di Barat India

FOTO REUTERS

INDIA, 26 Mei - Sekurang-kurangnya 24 orang termasuk ramai kanak-kanak maut dalam kebakaran di sebuah tempat hiburan di Gujarat di barat India pada Sabtu, kata seorang pegawai kerajaan.

Keseluruhan premis tersebut musnah terbakar.

Jengkaut dilihat mengalihkan serpihan dari tapak kejadian ketika operasi menyelamat sedang dijalankan.

Ketua Menteri Gujerat Bhupendra Patel berkata siasatan berhubung insiden itu telah diserahkan kepada Pasukan Penyiasatan Khas (SIT), dan laporan televisyen mengatakan dua orang telah ditahan polis Rajkot berhubung kejadian itu.

"Kebakaran berlaku di TRP Gaming Zone pada sebelah petang. Operasi menyelamat sedang dijalankan, kebakaran terkawal. Kami sedang berusaha untuk mencari mangsa terkorban. Setakat ini, kira-kira 20 mayat telah ditemui dihantar ke hospital untuk dibedah sisat." kata Pesuruhjaya Polis Rajkot, Raju Bhargava. - REUTERS

TETITIA YUSOFF