fb fb fb fb fb

Lebih 4,000 penduduk terjejas, akibat tanah tanah runtuh

Kerosakan sebuah rumah selepas tanah runtuh di Maip Mulitaka, wilayah Enga, Papua New Guinea/REUTERS

SYDNEY, 26 Mei- Lebih 4,000 penduduk mungkin terjejas akibat tanah runtuh yang berlaku di sebuah kampung di utara Papua New Guinea pada Jumaat, kata kumpulan kemanusiaan CARE Australia.

Beratus-ratus individu dikhuatiri maut dalam kejadian tanah runtuh di perkampungan Kaokalam di Wilayah Enga, kira-kira 600 kilometer barat laut ibu kota Port Moresby.

Menurut Jabatan Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan (DFAT) Australia, lebih enam kampung terjejas akibat tanah runtuh dal;am kejadian pada pukul 3.00 pagi waktu tempatan pada Jumaat di wilayah Mulitaka. Menurut media tempatan kejadian itu telah menimbus lebih 300 individu dan lebih 1,100 rumah.

CARE Australia berkata, hampir 4,000 penduduk tinggal di kawasan itu namun jumlah mereka yang terjejas mungkin lebih tinggi kerana kawasan itu merupakan "tempat perlindungan bagi mereka yang dipindahkan akibat konflik".

Pada Februari, sekurang-kurangnya 26 lelaki terbunuh di Wilayah Enga dalam satu serangan hendap terhadap keganasan puak yang mendorong Perdana Menteri Papua New Guinea James Marape memberikan kuasa untuk menangkap tentera negara itu.

CARE berkata tanah runtuh pada Jumaat itu menjejaskan kawasan sehingga lapan meter merentasi 200 kilometer persegi. Ia menyebabkan gangguan akses jalan raya, yang menyukarkan usaha bantuan.

Menurut Australian Broadcasting Corp, helikopter merupakan satu-satunya cara untuk sampai ke kawasan itu dan empat mayat dibawa keluar dari kawasan runtuhan.

"Lebih banyak rumah yang berisiko terjejas sekiranya tanah runtuh terus berlaku," kata jurucakap CARE dalam satu kenyataan.

Menurut Marape, Pegawai Bencana, Angkatan Pertahanan dan Jabatan Kerja Raya dan Lebuhraya terlibat dalam usaha bantuan dan pemulihan.

Rakaman media sosial yang disiarkan oleh penduduk kampung Ninga Role menunjukkan orang ramai memanjat batu, mencabut pokok dan menggali timbunan tanah untuk mencari mangsa yang terselamat.- REUTERS

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI