fb fb fb fb fb

Vanuatu dilanda gempa kuat

FOTO USGS

SYDNEY, 26 Mei- Gempa bumi berukuran 6.3 pada skala Richter melanda negara pasifik Vanuatu hari Ahad.

Bagaimanapun, menerusi kemas kini tiada amaran tsunami dikeluarkan.

Gempa itu berlaku pada pukul 9.23 pagi waktu tempatan pada kedalaman kira-kira 29 kilometer (18 batu), kata Kajian Geologi Amerika Syarikat USGS, berpusat di lautan kira-kira 83 kilometer (51 batu) barat laut ibu kota Vanuatu, Port Vila.

Gempa bumi berlaku berhampiran gugusan pulau yang jarang penduduknya, Pusat Amaran Tsunami Pasifik menerusi satu kenyataan memaklumkan gempa bumi tersebut bagaimanapun fijangka tidak menjana tsunami.

Tiada laporan mengenai kerosakan di Vanuatu.

Gempa bumi adalah perkara biasa di Vanuatu, sebuah kepulauan dengan populasi penduduk 320,000 orang yang merentasi lingkaran api seismik.

Lingkaran api ialah arka aktiviti tektonik yang merentangi Asia Tenggara dan merentasi lembangan Pasifik.-AFP

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE