fb fb fb fb fb

Kebakaran Bangunan Parlimen Afrika Selatan kembali marak

CAPE TOWN, 4 Januari - Kebakaran besar yang berjaya dikawal di bangunan Parlimen Afrika Selatan Isnin lalu kembali marak lewat tengahari semalam.

Kebakaran berlaku semula di bahagian atap bangunan yang menempatkan dewan perhimpunan kebangsaan.

Jurucakap bomba, Jermaine Carelse berkata, ketika kejadian hanya beberapa anggota bomba berada di kawasan itu.

"Kebakaran besar yang bermula pada Ahad, 2 Januari telah memusnahkan sebahagian besar bangunan parlimen Afrika Selatan di Cape Town.

Seorang lelaki yang disyaki membakar bangunan parlimen itu bakal dihadapkan ke mahkamah pada Selasa. Dia ditahan di dalam bangunan parlimen," katanya.

Berdasarkan siasatan kebakaran tercetus pada pukul 3 pagi Ahad, di kompleks lama parlimen yang siap pada tahun 1884 dan mempunyai bilik yang diperbuat daripada kayu.

Keseluruhan dewan yang menempatkan ahli parlimen turut terbakar.

Bumbung bangunannya juga runtuh dan hilang sama sekali.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Media Baharu