BEIJING, 4 Januari - Biarpun berdepan pelbagai kekangan, Beijing optimis dapat menganjurkan Sukan Olimpik Musim Sejuk dengan penuh berjaya.
Negara tembok besar itu berikrar menjadikan temasya yang berlangsung sebulan lagi itu sebagai sesuatu yang mesra alam, inklusif, terbuka dan bersih.
Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing bakal membuka tirainya 4 Februari nanti.
Dalam tempoh sebulan daripada itu.. pelbagai kekangan dihadapi masih belum dapat ditangani. Antaranya, boikot diplomatik dan penularan Covid-19.
Biarpun begitu, China optimis mampu menganjurkan sukan itu dengan berjaya. Antara bakal dilakukan, gelembung sukan paling ketat pernah dilaksana.
Menerusinya, 3,000 atlet bakal dihimpunkan tanpa interaksi dengan pihak luar. Sekatan dilaksana bagi membolehkan 300 juta peminat Olimpik Musim Sejuk menikmati saingan acara masing-masing.
Ia juga diharap dapati menyatukan dunia di sebalik pandemik.
Menurut Beijng, segala kritikan terhadap negara itu tidak akan menjejaskan penganjuran sukan berkenaan.