fb fb fb fb fb

India mula suntikan vaksin remaja

NEW DELHI, 4 Januari - India mulakan suntikan vaksin kepada remaja dalam lingkungan umur 15 hingga 18 tahun.

Ia susulan peningkatan jumlah kes harian COVID-19 di kebanyakan bandar utama negara itu.

Perdana Menteri, Narendra Modi pada bulan lepas mengumumkan vaksinasi kepada golongan itu dan dos penggalak untuk pekerja sektor kesihatan serta barisan hadapan bermula bulan ini.

Berdasarkan statistik, setakat ini 1.89 juta remaja telah mendaftar untuk mendapatkan vaksin yang bermula hari ini.

Vaksinasi untuk golongan kumpulan muda pada saat negara berkenaan berdepan kes harian yang terus meningkat saban hari.

Kementerian Kesihatan menyebut pada hari ini sahaja 33,750 kes jangkitan baharu di rekodkan dalam tempoh 24 jam.

"Jumlah berkenaan adalah pertama kali melebihi 30 ribu kes sejak pertengahan September tahun lepas.

Ia sekali gus mencatatkan jumlah keseluruhan 34.9 juta orang.

Manakala kematian dalam tempoh 24 jam pula 123 kes dengan keseluruhan 481 ribu 893 kes," menurut kenyataan itu.

Berhubung varian Omicron pula, kementerian menyebut setakat hari ini 1,700 kes direkodkan.

"Negeri Maharashtra merekodkan kes tertinggi Omicron iaitu 510 manakala New Delhi 351 kes.

Susulan itu juga banyak bandar telah mengumumkan larangan dan sekatan bagi menyekat penularannya," katanya. - REUTERS

 

Media Baharu