UKRAINE, 5 Februari- Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskiy berkata, keadaan di timur negara itu semakin teruk kerana lebih ramai tentera dihantar dalam pertempuran.
Kremlin berusaha untuk mencapai kemenangan selepas beberapa bulan mengalami kekalahan, dengan tentera Rusia cuba menghalang kemasukan di bandar Bakhmut bagi mengawal laluan bekalan utama yang berdekatan untuk tentera Ukraine.
Tentera Rusia cuba menawan bandar perlombongan arang batu Vuhledar, kira-kira 120 kilometer barat daya Bakhmut.
"Rusia meletakkan lebih ramai pasukannya untuk mengalahkan pertahanan kami," kata Zelenskiy.
"Sekarang, keadaan sangat sukar di Bakhmut, Vuhledar, Lyman dan arah lain," sambungnya.
Usaha Rusia untuk memecahkan pertahanan di Bakhmut dan Lyman telah gagal, demikian hantaran dilakukan oleh Timbalan menteri Pertahanan Hanna Malyar di Telegram.
Zelenskiy berikrar pada Jumaat bahawa tenteranya akan berjuang untuk Bakhmut "selagi kita boleh," bagaimanapun keadaan di situ menjadi semakin teruk bagi tentera Ukraine.
Kremlin mengakui pertempuran di sekitar Bakhmut telah merugikan Rusia, selain melibatkan kematian askarnya.- REUTERS
(Pasukan penyelamat mengalihkan serpihan bangunan kediaman di Donetsk/REUTERS)