fb fb fb fb fb

Bobi anjing tertua di dunia

PORTUGAL, 5 Februari- Bobi, anjing kesayangan milik Leonel Costa digelar sebagai anjing tertua di dunia dengan usia 30 tahun oleh Rekod Dunia Guinness.

Ketika anjing itu dilahirkan di sebuah kampung kecil di tengah Portugal, pemiliknya baru berusia lapan tahun dan tidak menyangka anjing kesayangannya akan direkodkan sebagai anjing tertua di dunia.

Baka tulen jenis Rafeiro do Alentejo itu, meraikan ulang tahunnya yang ke-30 tahun lalu.

Costa dihubungi Rekod Dunia Guinness untuk menyerahkan semua dokumen berkaitan dan setahun kemudian Bobi secara rasmi digelar anjing tertua dalam rekod.

“Ia merupakan satu perasaan bangga yang sukar digambarkan,” kata Costa, 38, kepada Reuters di sebuah gereja di kampung Conqueiros di sini.

Rekod Dunia Guinness membuat pengumuman tersebut pada Khamis dan menyifatkan kisah Bobi sebagai "ajaib".

Kebiasaannya baka jenis itu mempunyai jangka hayat 12 hingga 14 tahun.

Costa turut mengaitkan umurnya disebabkan beberapa faktor termasuk tinggal di kawasan desa yang tenang, tidak pernah dirantai selain kasih sayang yang diberikan.- REUTERS

(Bobi, memecahkan rekod anjing tertua/REUTERS)

Media Baharu