fb fb fb fb fb

Orang ramai berarak sambut Tahun Baharu Lunar di San Francisco

CALIFORNIA, 5 Februari - Beribu-ribu orang teruja berbaris di sepanjang jalan di San Francisco, California untuk meraikan perarakan Tahun Baru Imlek.

Perarakan itu menyaksikan penari naga, gendang dan semestinya arnab memandangkan tahun Arnab.

Sambutan diadakan beberapa minggu selepas kejadian berbalas tembakan di negeri itu menyebabkan 18 maut, yang kebanyakannya warga Asia.

Tembakan pertama berlaku pada 21 Januari lalu di Monterey Park di mana penyerang berusia 72 tahun bertindak menembak dan membunuh 11 orang, mencederakan sembilan yang lain semasa sambutan Tahun Baharu Lunar selama dua hari itu.

(FOTO REUTERS)

Tembakan kedua berlaku dua hari kemudian pada 23 Januari di Half Moon Bay, menyaksikan seorang lelaki bersenjata membunuh tujuh orang di dua ladang cendawan di bandar pantai itu.

Kejadian itu telah mengingatkan Mia Reeve, 19 tahun.

"Saya sangat berharap keluarga mendapat ketenangan, dan ia adalah kejadian yang sangat mengerikan dan saya harap acara seperti ini dihentikani dan saya harap keganasan akan berkurangan pada masa akan datang tetapi ya ia pasti dalam fikiran saya walaupun ia begitu," katanya.

Seorang wanita berusia 50 tahun bernama Lyn berkata, beliau tidak terfikir terhadap kejadian keganasan itu dan masih bersedih dengan berita itu.

"Tidak, tidak juga (berfikir tentang tembakan semasa perarakan), tetapi saya berasa sedih. Sedih melihat berita dan terdapat lebih daripada satu tembakan," katanya. - REUTERS

Media Baharu