fb fb fb fb fb

Kazakhstan isytihar darurat

KAZAKHSTAN, 6 Januari - Darurat diisytiharkan di seluruh Kazakhstan.

Ia ekoran rusuhan yang tercetus, susulan kenaikan harga minyak.

Sebelum ini perintah darurat hanya dikuatkuasakan di hab kewangan, Almaty dan wilayah Mangystau.

Perintah itu kemudian diperluas ke seluruh negara selepas penunjuk perasaan bertindak agresif menyerang bangunan kerajaan dan pasukan keselamatan.

Stesen televisyen negara, 'Khabar 24' melaporkan darurat akan berkuat kuasa sehingga 19 Januari.

Serentak itu, perintah berkurung pada waktu malam turut dilaksanakan dari pukul 11 malam hingga 7 pagi - AFP

 

Media Baharu