fb fb fb fb fb

Itali wajibkan setiap individu berumur 50 tahun ke atas mengambil vaksin COVID-19

Foto BERNAMA

ITALI, 6 Januari - Pihak berkuasa Itali memutuskan setiap individu, berumur 50 tahun ke atas diwajibkan mengambil vaksin COVID-19, mulai 15 Februari depan.

Ia antara usaha melandaikan keluk jangkitan pandemik serta menggalakkan mereka yang belum divaksin, berbuat demikian.

Perdana Menteri Mario Draghi berkata, keputusan itu diambil memandangkan kelompok umur berkenaan paling berisiko dimasukkan ke hospital jika dijangkiti.

Keputusan tersebut turut mengambil kira tekanan yang dihadapi hospital untuk menyelamatkan nyawa.

Daripada 59 juta penduduk Itali, hampir separuh berumur 50 tahun ke atas - AFP

Media Baharu