fb fb fb fb fb

Kapal Tentera Laut AS terbakar di perairan Okinawa, tiada kecederaan dilaporkan

USS New Orleans di pelabuhan di Okinawa/ REUTERS

OKINAWA, 21 Ogos – Sebuah kebakaran dilaporkan berlaku di atas kapal tentera laut Amerika Syarikat, USS New Orleans, berhampiran Okinawa, Jepun namun tiada sebarang kecederaan dilaporkan, menurut Pengawal Pantai Jepun (JCG).

Jurucakap Kementerian Pertahanan Jepun memaklumkan, pasukan pertahanan negara itu melakukan operasi memadam kebakaran, namun butiran lanjut belum diperoleh.

Menurut JCG, sebuah kapal agensi berkenaan yang berada berhampiran turut bersiap sedia untuk membantu mengawal kebakaran.

Tambahnya lagi, setakat ini tiada sebarang tumpahan minyak dikesan di perairan sekitar kawasan kejadian.- REUTERS

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI