fb fb fb fb fb

Taufan Erin dijangka cetus ribut tropika, gelombang besar

Pusat Taufan Kebangsaan (NHC) mengeluarkan paparan imej taufan Erin/ REUTERS

WASHINGTON, 21 Ogos – Taufan Erin sedang bergerak ke arah utara di Lautan Atlantik, ratusan batu dari pesisir, dan dijangka mencetuskan ribut berbahaya serta keadaan ribut tropika di Outer Banks, Carolina Utara serta beberapa kawasan lain di sepanjang Pantai Timur Amerika Syarikat.

Pusat Taufan Kebangsaan (NHC) memberi amaran bahawa jalan di kawasan pulau dengan penghadang rendah berisiko tidak dapat digunakan susulan ombak setinggi 20 kaki dijangka membadai ke daratan.

Agensi itu turut memaklumkan ombak kuat berkenaan berpotensi menyebabkan hakisan pantai dengan ketara.

Gabenor Carolina Utara, Josh Stein mengisytiharkan darurat bagi membolehkan dana serta tenaga kerja negeri digerakkan ke kawasan berisiko untuk membantu penduduk.

Amaran ribut tropika serta peningkatan ribut turut dikeluarkan untuk beberapa bahagian lain di pesisir Carolina Utara.- REUTERS

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI