fb fb fb fb fb

ICC kecam sekatan baharu AS, PBB luah kebimbangan terhadap keadilan antarabangsa

Stephane Dujarric/ REUTERS

NEW YORK, 21 Ogos – Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mengecam pengumuman pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengenai sekatan baharu terhadap empat lagi pegawai badan itu termasuk dua hakim dan dua timbalan pendakwa raya.

Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan terhadap tindakan Amerika Syarikat yang disifatkan boleh "melemahkan asas keadilan antarabangsa", menurut jurucakap PBB, Stephane Dujarric.

"Kami percaya ICC adalah tonggak penting dalam sistem keadilan jenayah antarabangsa. Keputusan (AS) ini menimbulkan halangan serius terhadap fungsi Pejabat Pendakwa Raya," katanya kepada pemberita.

Dujarric turut menegaskan prinsip kebebasan kehakiman perlu dihormati, dan tindakan seperti itu hanya akan menggugat integriti keadilan antarabangsa.- REUTERS

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI