MANILA, 25 Julai- Sebuah kapal tangki berbendera Filipina yang membawa 1.4 juta liter bahan api industri terbalik dan tenggelam di Teluk Manila pada Khamis, kata pihak berkuasa.
MT Terra Nova dalam menuju ke pusat bandar Iloilo sebelum tenggelam pada awal pagi.
Tumpahan minyak dikesan beberapa kilometer di laluan air yang sibuk itu.
"Kami akan cuba melakukan yang terbaik untuk membendung tumpahan itu dengan segera dan menghentikan bahan api berkenaan daripada terus berlaku tumpahan," kata jurucakap Pengawal Pantai Filipina Laksamana Muda Armando Balilo dalam seidang media.
Beliau turut memberi amaran sekiranya semua minyak dalam kapal tangki tumpah, ia akan menjadi sejarah buat Filipina.
Setiausaha Pengangkutan Jaime Bautista berkata 16 daripada 17 anak kapal telah diselamatkan.
Pencarian sedang dijalankan untuk anak kapal yang hilang, tetapi Bautista berkata angin kencang dan ombak tinggi menghalang usaha berkenaan.
Empat anak kapal sedang menerima rawatan perubatan.
Pengawal pantai berkata ia sedang menyiasat "sekiranhya terdapat gangguan cuaca di perairan sekitar" yang menyebabkan MT Terra Nova terbalik dan tenggelam.
Kapal itu tenggelam ketika hujan lebat akibat Taufan Gaemi dan monsun bermusim melanda Manila dan kawasan sekitarnya sejak beberapa hari lalu.
Satu tompokan minyak dianggarkan 3.7 kilometer dibawa "arus kuat" ke arah timur, kata pengawal pantai dalam satu laporan.
Komandan pengawal pantai Laksamana Ronnie Gavan berkata, beliau telah mengarahkan siasatan terhadap kejadian itu.
Kakitangan perlindungan alam sekitar marin turut digerakkan untuk membantu dalam kejadian itu.
Salah satu tumpahan minyak terburuk di Filipina berlaku pada Februari 2023. Kejadia itu menyebabkan sebuah kapal tangki yang membawa 800,000 liter bahan api tenggelam di perairan di luar pulau tengah Mindoro.
Bahan api berkenaan mencemari perairan dan pantai di sepanjang pantai wilayah Oriental Mindoro.
Minyak itu mencemari ratusan kilometer perairan yang terkenal dengan beberapa kehidupan marin pelbagai di dunia.
Beribu-ribu nelayan diarah berada di pantai sehingga dibenarkan untuk memancing dan melakukan aktiviti air.
Pada 2006, sebuah kapal tangki juga tenggelam di pulau tengah Guimaras dan menumpahkan puluhan ribu gelen minyak yang memusnahkan rizab marin, kawasan perikanan tempatan dan menutupi kawasan pantai.- AFP