fb fb fb fb fb

Kapal langgar bot penumpang di China, 11 maut

Perlanggaran kapal pembersih minyak dan bot penumpang di tengah China pada Selasa/Reuters

BEIJING, 1 Mac- Seramai 11 orang disahkan maut manakala lima lagi hilang selepas sebuah bot penumpang bertembung dengan kapal pembersih minyak di wilayah Hunan, tengah China, lapor agensi berita rasmi Xinhua semalam.

Kejadian berlaku pada Selasa di Sungai Yuanshui, daerah Yuanling apabila kapal pembersih minyak terbabit melanggar bot penumpang menyebabkan 19 individu tercampak ke dalam air.

Dua mangsa ditemukan maut tidak lama selepas kejadian, manakala tiga lagi berjaya diselamatkan.

Pasukan penyelamat kemudian menemui sembilan lagi mangsa yang disahkan meninggal dunia selepas berjaya menaikkan bot penumpang itu pada malam Jumaat.

Operasi mencari lima individu yang masih hilang diteruskan, namun pasukan penyelamat berdepan kesukaran dengan keadaan sungai yang dalam serta faktor persekitaran mencabar. -AFP

0103 BD CHINA BOT BERTEMBUNG
FOTO REUTERS

SITI AISHAH MD ISA