RIYADH, 1 Mac- Umat Islam di Arab Saudi dan kebanyakan negara Arab mula menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadan pada Sabtu.
"Mahkamah Agung Arab Saudi memutuskan esok, Sabtu, adalah hari pertama bulan Ramadan," menurut Agensi Berita Rasmi Saudi (SPA) di platform media sosial X pada Jumaat.
Selain itu, Algeria, Mesir, Jordan, Libya, Lubnan, Palestin, Sudan, Tunisia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) turut memulakan ibadah puasa pada hari sama.
Dalam perkembangan berkaitan, UAE menggunakan dron berteknologi kecerdasan buatan (AI) bagi membantu penampakan anak bulan Ramadan.
Teknologi tersebut melengkapi pemerhatian mata kasar serta balai cerap astronomi berteknologi tinggi bagi memastikan ketepatan penampakan bulan
Sementara itu, Maghribi mengumumkan Ramadan bermula pada Ahad berdasarkan penampakan anak bulan di negara itu. -AFP