MEXICO, 1 Mac- Pengunjung pantai di Mexico dikejutkan dengan kemunculan spesis laut dalam iaitu ikan dayung atau 'oarfish' yang jarang dilihat di perairan cetek berhampiran pantai Baja California Sur pada bulan lalu.
Rakaman dikongsi Robert Hayes menunjukkan ikan bercahaya dan berkilauan dengan pelbagai warna apabila terkena cahaya itu berenang di kawasan cetek sebelum seorang lelaki cuba mengembalikannya ke perairan lebih dalam.
"Ikan itu berenang terus ke arah kami dan mengangkat kepalanya kira-kira dua inci atas permukaan air,” katanya. Menurut Hayes, mereka cuba menghalakan ikan itu kembali ke laut sebanyak tiga kali, namun ia tetap kembali ke pantai.
Lelaki yang memegang ikan dalam rakaman tersebut menyatakan hasrat untuk membawanya kepada pakar biologi marin kerana mengesyaki ia mungkin cedera.
Ikan dayung boleh membesar sehingga 11 meter panjang dan jarang ditemui di perairan cetek. -Reuters

FOTO REUTERS
BERITA BERKAITAN