fb fb fb fb fb

Kapal angkasa NASA berjaya rempuh asteroid Dimorphos

(Imej lengkap terakhir asteroid Dimorphos, yang diambil oleh DRACO pada
misi DART NASA 12 kilometer dari asteroid dan dua saat sebelum hentaman/AFP)


LAUREL, 27 September- Sebuah kapal angkasa milik NASA menepati sasaran apabila berjaya menghentam asteroid di kedudukan tujuh juta batu jauh untuk memesongkan orbitnya.

Ujian Pengalihan Asteroid Berganda (DART) dianggap kejayaan bersejarah yang berupaya menghalang objek angkasa daripada memusnahkan kehidupan di Bumi pada masa depan.

Ujian berkenaan berjaya menghentam asteroid yang disasarkan di angkasa lepas Dimorphos, pada 7.14 malam waktu Timur (2314 GMT), 10 bulan selepas berlepas dari California dalam misi perintisnya.

Menurut Pengarah Bahagian Sains Planet NASA, Lori Glaze, pelanggaran dua objek yang disengajakan itu adalah hasil tujuh tahun penelitian, melalui penyelidikan sama ada pertembungan kapal angkasa dengan asteroid secara manual mampu memesongkan trajektorinya bagi mengelakkan bencana kepada Bumi.

"Kami memulakan era baharu, di mana terdapat potensi menghalang sesuatu seperti kesan asteroid berbahaya yang dibimbangi akan memudaratkan bumi,"

"Asteroid berukuran 530 kaki (160 meter) yang hampir setanding saiznya dengan piramid Mesir berjaya dialihkan dari orbitnya oleh sebuah kapal angkasa yang dihantar ke angkasa lepas dan mensasarkan asteroid yang dipanggil Dimorphos iaitu 6.5 juta batu (10.5 juta kilometer) dari Bumi.

"Bentuknya yang seakan-akan telur dan permukaannya yang akhirnya dapat dilihat dengan jelas dalam beberapa minit terakhir, ketika DART menuju ke arahnya dengan kelajuan kira-kira 14,500 batu (23,500 kilometer) sejam," katanya.

Para saintis dan jurutera NASA bertepuk tangan apabila paparan skrin menunjukkan bahawa isyarat telah hilang dan pelanggaran berjaya memesongkan orbit asteroid berkenaanb

NASA beranggapan eksperimen itu penting untuk dijalankan sebelum keperluan sebenar ditemui.

(Imej menerusi strim secara langsung yang dirakamkan DART menunjukkan
asteroid Dimorphos di ruang angkasa lepas/AFP)

NASA memaklumkan matlamatnya bukan untuk memusnahkan asteroid tetapi untuk melihat sama ada laluan asteroid mampu dipesongkan secara manual supaya tidak menghentam Bumi.

Dengan kejayaan Dimorphos itu, NASA berharap untuk menolaknya ke orbit yang lebih kecil, mengurangkan 10 minit dari masa yang diperlukan untuk mengelilingi Didymos, yang kini 11 jam dan 55 minit.

Beberapa minit selepas hentaman, sebuah satelit bersaiz pembakar roti dikenali sebagai LICIACube yang telah dipisahkan daripada DART beberapa minggu lalu, dijangka bergerak dekat tempat kapal angkasa tanpa juruterbang yang terhempas berkenaan bagi merakamkan imej perlanggaran itu.

Gambar yang dirakamkan LICIACube itu dijangka dihantar semula ke bumi pada minggu depan.

Konsep ini dibuktikan dengan apa yang sebelum ini hanya dipaparkan dalam fiksyen sains bagi karya layar perak seperti filem "Armageddon" dan "Don't Look Up" -AFP

Berita berkaitan
Usaha selamatkan bumi: Kapal angkasa NASA akan rempuh asteroid

Media Baharu