fb fb fb fb fb

Salah eja, guru pukul murid sehingga mati diburu

(Foto hiasan/Fail AFP)

LUCKNOW, 27 September- Polis India sedang mencari seorang guru yang didakwa memukul seorang murid dilaporkan dari kasta rendah sehingga mati, hanya disebabkan kesilapaan ejaan.

Perkara itu disahkan pegawai polis selepas berlaku bantahan ganas susulan insiden berkenaan.

Menurut polis, Nikhil Dohre dipukul dengan kayu dan ditendang sehingga pengsan oleh guru sekolah menengahnya pada awal bulan ini selepas tersalah mengeja perkataan “sosial” berdasarkan keterangan bapanya kepada pihak polis.

Kanak-kanak lelaki berusia 15 tahun itu meninggal dunia akibat kecederaan dialaminya pada Isnin di hospital utara negeri Uttar Pradesh, manakala tertuduh melarikan diri selepas kejadian itu.

“Dia melarikan diri, tetapi kami akan menahannya tidak lama lagi, kata pegawai polis Mahendra Pratap Singh kepada  AFP.


(Foto The Jamia Times)

Dohre dari komuniti Dalit, kelompok rakyat paling rendah dalam sistem kasta India. Mereka juga dilaporkan sering berdepan prasangka buruk dan diskriminasi selama berabad-abad.

Semalam, ratusan penduduk mengadakan bantahan di jalanan selepas berita kematian Dohre tersebar di daerah Auraiya, lokasi insiden berlaku.

Penduduk menuntut penahanan guru tersebut sebelum upacara pembakaran mayat dijalankan selain turut bertindak membakar kenderaan polis.

“Puluhan peserta bantahan ditahan,” kata Sing.

“Kami terpaksa menggunakan kekerasan untuk menyuraikan peserta bantaan dan berjaya dikawal,” kata Superintendan Polis Charu Nigam kepada pemberita. -AFP

Media Baharu