fb fb fb fb fb

China giat bantu Pakistan tangani banjir

(CIDCA menghubungkan Guangxi untuk menghantar pasukan perubatan menjalankan
kerja menyelamat dan selain pasukan penilaian bencana yang dikendalikan oleh
Kementerian Pengurusan Kecemasan/REUTERS)


BEIJING, 27 September- China menghantar pasukan perubatan dan pasukan penilaian bencana ke Pakistan yang dilanda banjir bagi usaha bantuan lanjut, menurut Agensi Kerjasama Pembangunan Antarabangsa China (CIDCA) pada Isnin.

Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pertama Hal Ehwal Wilayah (CIDCA), Zheng Yuandong membuat pengumuman itu semasa temu bual dengan Rangkaian Televisyen Global China (CGTN).

Beliau berkongsi beberapa butiran tentang pelbagai bantuan yang diberikan China kepada Pakistan setakat ini.

"Kerajaan China mengumumkan 100 juta yuan bantuan kemanusiaan kecemasan, termasuk 25,000 khemah dan bahan lain yang diperlukan segera.

"3,000 khemah yang dihantar oleh Tentera Udara China adalah salah satu vbantuan kumpulan pertama dihantar ke Pakistan.

"Memandangkan kerugian besar dialami Pakistan, kerajaan China menyediakan tambahan 300 juta yuan.

"Ini menjadikan jumlah keseluruhan ialah 400 juta yuan, bilai tertinggi berbanding negara lain di dunia," katanya.

Beliau berkata usaha bantuan yang sampai ke Pakistan setakat ini boleh disimpulkan dalam empat perkataan: ketepatan, kesinambungan, kelancaran dan ketepatan.

"Semua bahan bantuan siap sepenuhnya dalam tempoh sebulan di mana CIDCA bekerjasama dengan jabatan penerbangan awam untuk menambah tiga penerbangan kerana keperluan mendesak di Pakistan.

"Dari ketibaan kumpulan pertama hingga penghantaran semua bantuan ia sampai dalam masa sebulan ," menurut pegawai berkenaan.

(Kerajaan China mengumumkan 100 juta yuan bantuan kemanusiaan kecemasan,
termasuk 25,000 khemah dan bahan lain yang diperlukan segera/REUTERS)


"CIDCA menghubungkan Guangxi untuk menghantar pasukan perubatan menjalankan kerja menyelamat dan selain pasukan penilaian bencana yang dikendalikan oleh Kementerian Pengurusan Kecemasan.

"Kedua-dua pasukan ini akan pergi ke Pakistan tepat pada masanya," katanya.

Tidak kira bagaimana situasi semasa pentadbiran dan politik antarabangsa, kerajaan dan rakyat China akan sentiasa berdiri teguh dengan kerajaan dan rakyat Pakistan, tambahnya.

“Saya percaya dengan bantuan China dan masyarakat antarabangsa, Pakistan pasti akan mengatasi bencana ini dan membina semula tanah air mereka seawal mungkin,” tambahnya. -REUTERS


Media Baharu