fb fb fb fb fb

51 maut dalam kejadian bot karam di utara Bangladesh

DHAKA, 27 September - Sekurang-kurangnya 51 orang maut selepas sebuah bot karam di daerah utara Bangladesh pada Ahad.

Penguasa Polis daerah Panchagarh, SM Sirajul Huda, memberitahu bahawa 26 lagi mayat ditemukan di sungai Karatoya di daerah Panchagarh utara Bangladesh, 468 kilometer (km) dari Dhaka, pada Isnin.

Angka korban itu menjadikan jumlah kematian setakat ini mencecah 51 berbanding 25 sebelum ini.

Bot kecil membawa kebanyakannya penumpang yang terdiri daripada wanita dan kanak-kanak dilaporkan karam pada petang Ahad akibat terlebih muatan.

(FOTO AFP)

Anggota penyelamat bertungkus lumus melaksanakan misi pencarian baki penumpang yang masih hilang meskipun berdepan cabaran arus deras dan air bergelora, katanya.

Insiden berlaku berhampiran bandar terpencil di utara Boda disebabkan faktor sistem penyelenggaraan yang lemah kesesakan.

"Kami membatalkan pencarian pada waktu malam. Kami akan meneruskan operasi pencarian kami pagi esok," katanya kepada AFP.

Polis berkata jumlah orang hilang berkurangan ekoran ada yang melaporkan bahawa mereka selamat menemui saudara-mara kerana berjaya berenang ke tempat selamat.

Huda berkata, bot itu membawa tiga kali ganda kapasitinya. - AFP

Media Baharu